RSS

Cerita hati dan perasaan.

Hati ini tak pernah kalah. Aku terkadang menjeruk rasa berseorangan, meminta hati ini untuk difahami. Hati ini takkan pernah kalah kalau aku minta dia untuk berhenti berperasaan kepada orang lain. Ya. Berperasaan itu fitrah. Tidak aku nafikan. Namun, masalahnya kini aku sering menyimpan rasa. Ingin kuluahkan, namun hanya segelintir yang memahami.

Perasaan yang disimpan lama akhirnya terkubur. Diambil orang. Aku tertanya, kenapa aku diuji sebegini hebat di detik terakhir di varsiti tercinta ini? Jiwa aku rapuh. Ya. Aku sedar ada jiwa yang harus ku jaga. Namun, setelah sekian lama, aku yang menjaga perasaan orang. Aku tertanya, siapa yang akan merelakan dirinya untuk aku bercerita dengannya? Siap yg mampu menjaditeman tempat meluah rasa? Si dia yang ku sangkakan jujur, dialah yang telah merosakkan segalanya. Aku terkedu sendirian melihatkan konflik ini.

Mungkin, benar kata temanku, jangan kau percaya dengan omongan orang yang baru kau rapat, orang yang baru kau kenal. Namun tak ku endahkan. Aku sangka luahan kepada dia adalah bagus kerana dia mengenal rapat dengan si pencuri hati. Namun, ternyata aku salah. Si dia yang aku sangkaakan memudahkan, rupanya dia yang menjadi perampas. Dia yang menipu aku dengan kata kata manisnya. Oh tuhan, tabahkan hatiku!

Akan aku terus menjeruk rasa ini, andai tiada siapa yang boleh mendengar...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 kata-kata:

Post a Comment