RSS

Pasca Perang Hati

Post ini ditaip sambil aku berlinang air mata . Aku tahan air mata ni aku tak tunjuk dengan orang. Aku tau, aku takkan dapat dia, tapi aku mohon, berikan aku sedikit kesempatan untuk memberitahu dunia, betapa rabaknya hati aku setelah mengharung perasaan ini selama 4 tahun.

Aku simpan perasaan ini, aku tahan dy, aaku tahu, dia dan aku di tempat yang berlainan, namun, jauh  di sudut hati, lama aku nak bersatu dgn dy, aku tahan perasaan ni dah lama. Bila aku perasan aku boleh bertemu dia sekali sekala je, aku kuatkan semangat, aku jumpa dy.

Recently, dy banyak drop hints kat aku, buat hati aku berbunga-bunga, namun, semua hint yang dy drop tu, nak mempermainkan aku je ke? Perasaan aku ni tiada nilai ke? Hati aku lebih terluka apabila aku tau dia dah ada yang lain. Tapi kenapa kau drop hints kat aku? KENAPAAAAAA? Aku rasa lemah gila sekarang ni.

Namun, jangan risau. iman aku masih ada, aku masih waras. Ramai lagi yang masih sayangkan aku. Aku tau tu.

Buat si dia di Taman Ilmu dan Budi tu, terima kasih atas segala budi yang kau curahkan kat aku selama ni. Terima kasih, selamat tinggal. Maaf dari budak gemuk miskin tak sedar diri nak bercinta dengan kau. Mujur, aku tak akan mampir kesana lagi, sebab kalau aku mampir kesana, nanti aku akan tetap teringatkan kau.


Apa yang aku rasa sekarang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pasca Perang Hujah dan Hati.

Aku rasa pelik bila aku dtg ke sana jumaat lepas. Well, standard la kan, aku sendiri pun rasa takat dijemput ke sana. Masalah timbul, rasa hati pun aku bawa ke sana. Lalu terlihatlah seseorang yang yang dirindui, menerjah semula mata dan ingatan.

Aku rasa tersenyum, dalam masa yang sama tergugat. Aku akan dapat dia ke kali ini? Atau sekali lagi hanya hati yang terluka? Aku sakit, aku merintih berseorangan tentang perkara tu.

Masuk hari kedua, permulaan hari yang indah. Idea mula bertemu idea, lalu berperang sesama mereka. Ada yang kecundang, ada yang mara. Semuanya aku perhati dengan penuh minat, sambil memilih apa pemikiran yang aku boleh izinkan untuk terus mara. Pagi itu, sebelum peperangan idea bermula, peperangan hati dulu bermula. Ku lihat si dia, berpakaian biru gelap, tampil melangkah penuh yakin. Hati aku berperang sendiri. Aku inginkan  dia, namun aku tak tau nak memulakan bagaimana.

Setelah 5 padang dilalui, si dia melangkah tenang ke menang mara. Lalu, aku masih di perbatasan taman ilmu, menanti untuk terus menilai benih2 yang baru bercambah untuk meneruskan kegemilangan dunia perang idea. Aku tidak mampu memperhatikan dia, satu benih yang sudah berkembang menjadi pokok idea yang sangat banyak memberikan buah kepada aliran idea semasa.

Tamat segalanya, mampir waktu yang ditunggu. Kau melangkah ke padang yang terakhir, bersama cetusan cetusan idea yang amat ku sayangi. Ketika itu, kau mampir menghampiriku untuk berurusan tentang padang itu. Lalu kulihat matamu, eh kenapa bengkak? Tetapi lidahku kelu, tak mampu untuk meneruskan.

Hujung cerita, tasik varsiti menawan tangga besar di padang akhir. Aku tahu kau tidak yakin dengan kemahiran perangmu yang kau tampilkan di padang akhir. Namun, setelah usai merakam memori, aku menasihatimu, aku juga seperti itu dulu, tatkala kubah biru menawan juga tasik varsiti. Namun percayalah, kau akan berkembang megah megah juga nanti.

Nyatalah, dengan hantaran ini, aku semakin menjelaskan, siapa diriku sebenarnya. Kerana hati ini, masih terpaut denganmu. Sayang, berikan ku peluang. Sakit aku aku menahan rasa ini. Keranamu, ruang bicara ku tinggalkan, taman berkicaunya si burung biru aku aku bisukan. Aku tak mampu lagi menahan rasa yang aku simpan selama 4 pusingan bumi menghadap matahari.

Akan ku pastikan hati di Bumi Jelapang Padi kan bersatu dengan hati di Bumi Industri. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS