RSS

Throwback kewww?? Hahahaha


LEGASI DEBAT BA BESTARI (DeBABest bak kata AG)

Pencapaian seniors zaman dulu bukan tak mahu diungkap, namun dek kerana hanya ingin memasukkan kategori kebangsaan ke atas sahaja, post ini dimulakan pada tahun 2011.

2011 (Pertandingan Debat BA Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Kali ke-4)

-Penyertaan kali pertama
-membariskan Amir Arif sebagai pendebat pertama , Zulhilmi Ghazali sebagai pendebat kedua, Khaulah Norazam pendebat ketiga, dan Iqbal Azmi sebagai simpanan.
-Berjaya ke separuh akhir, walaupun ini penyertaan kali pertama.
-Khaulah berjaya menjadi pendebat terbaik keseluruhan liga.
-Bawah bimbingan ustazah Rasidah, dengan bantuan ust Mubin, kak Amirah, ust Syafwan dan kak Faezah.

2012 (Pertandingan Debat BA Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan dan Nusantara Kali ke-5)

-membariskan Sofiyuddin Yusuf sebagai pendebat pertama , Ali Alhadad sebagai pendebat kedua, Khaulah Norazam sekali lagi sebagai pendebat ketiga, dan Farhan Jusoh sebagai simpanan.
-Berjaya juga hanya di separuh akhir, Khaulah berjaya mendapat pendebat kedua terbaik liga.
-Nusantara pula Syukri Sharif sebagai pendebat pertama , Ainul Asyikin sebagai pendebat kedua, Nurfara Nakuyah sebagai pendebat ketiga, dan Khalif Adha sebagai simpanan.
-Memenangi satu dari tiga pusingan kelayakan.

2013 (Pertandingan Debat BA Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan dan Nusantara Kali ke-6)

-membariskan Syukri Sharif sebagai pendebat pertama , Siti Khairunnisa sebagai pendebat kedua, Sofiyuddin Yusuf sebagai pendebat ketiga.
- Terkandas di 16 terbaik, namun mereka tetap bersemangat.

2014 (Pertandingan Debat BA Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan dan Nusantara Kali ke-7 dan Interschool Debating Championship)

IDC
-membariskan Izzati Rahimi sebagai pendebat pertama , Ainul Asyikin sebagai pendebat kedua, Siti Khairunnisa sebagai pendebat ketiga.
-Dibawah bimbingan Radhi, Redha dan Hafizuddin dari UIA, buat kali pertama, DeBABest berjaya berpijak di pentas akhir, namun tewas ditangan SMI Hidayah sebagai Naib Johan.
-Siti Khairunnisa ditabalkan sebagai pendebat terbaik liga keseluruhan, Ainul Asyikin ketiga dan Izzati Rahimi kelima.

PDBAASMPKDJN
-menbariskan Haziq Ismail sebagai pendebat pertama, Hafifudin sebagai pendebat kedua, dan Saufi Sharif sebagai pendebat ketiga.
- Berjaya memenangi 3 dari 6 jaulah.

2015 (Interschool Debating Championship)
-membariskan Farhana Zulfikri sebagai pendebat pertama, Zairul Iqmal sebagai pendebat kedua, dan Shahir Johari sebagai ketiga.
- kecundang di hadapan Maahad Muar di suku akhir, namun mereka tetap bersemangat.

2017 (IIUM Arabic Debating Championship Open 2017
- membariskan Farhana Zulfikri sekali lagi sebagai pendebat pertama, Anis Nafisah sebagai pendebat kedua, dan Danial Haqiem sebagai pendebat ketiga.
- Berjaya melangkah ke separuh akhir, namun kecundang dihadapan SMA MAIWP.

Hakikatnya, inilah kami. Tak keterlaluan jika dikatakan ustaz Mubin dan geng nya lah yang membantu membina asas kami untuk masuk ke pertandingan yang berkonsepkan terbuka ini. Kalau tidak, KAMIL je la mampu. HAHA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bergelar seorang pendidik

Hakikat yang harus aku tempuhi, aku salah memilih jalan pada asalnya. ingin aku menjadikan bidang perguruan satu profesion, namun ujian yang datang kian bertimpa. Seolah minatku ingin menjadi guru tidak patut ditunaikan. Adakah minat aku untuk mendidik anak bangsa harus dipandang sepi?
Adakah aku harus duduk tercongok di hadapan perkakasan eksperimen, menantikan sesuatu yang tidak pasti kunjung tiba?

1.  MARA

Girang bercampur takut terlukis di lubuk hatiku tatkala aku memerhatikan wujudnya tawaran itu. Girang kerana ini yang aku impikan. Takut kerana aku telah memilih untuk menyambung pelajaranku di peringkat pascaijazah. Hati keras tak ingin terbuka untuk membahas, akhirnya terbuka jua demi semua. Tapi jauh di sudut hati, erti perjuangan menjadi guru terus menebal. Ringaan tanganku menatal tetikus, lalu klik di laman permohonan. Seusai permohonan, aku terpana. 'Eh, dimana harus ku hantar dokumen sokongan?' Getus hatiku. Dalam kesamaran, aku membuka laman web MARA. Aku nyaris terlepas pandang rupanya gred yang ditawarkan merupakan DG41, yang dah ada diploma pendidikan, bukan yang tiada, DC41 (yang tiada dip. pendidikan!) ALLAH. Lalu aku memutuskan, aku tiada rezeki untuk itu.

2. TEACH FOR MALAYSIA

Aku tahu mengenai perkara ini semasa kem karier anjuran HEPA UM November laalu. Aku terdetik, mengapa tidak aku cuba? Aku nekad. Aku buka lamannya. Patah seribu hatiku melihatkan sudah tamat tarikh tutup!.

Kadang-kadang aku nekad kepada sesuatu yang aku tak mahu sngat!Entah. Adakah research itu bidang untukku? Atau perguruan yang selama ini aku minati? Allah, bantulah aku untuk hadapi semua ini!

Mungkinkah cerita praijazah lalu akan berulang kembali? Mungkinkah?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita hati dan perasaan.

Hati ini tak pernah kalah. Aku terkadang menjeruk rasa berseorangan, meminta hati ini untuk difahami. Hati ini takkan pernah kalah kalau aku minta dia untuk berhenti berperasaan kepada orang lain. Ya. Berperasaan itu fitrah. Tidak aku nafikan. Namun, masalahnya kini aku sering menyimpan rasa. Ingin kuluahkan, namun hanya segelintir yang memahami.

Perasaan yang disimpan lama akhirnya terkubur. Diambil orang. Aku tertanya, kenapa aku diuji sebegini hebat di detik terakhir di varsiti tercinta ini? Jiwa aku rapuh. Ya. Aku sedar ada jiwa yang harus ku jaga. Namun, setelah sekian lama, aku yang menjaga perasaan orang. Aku tertanya, siapa yang akan merelakan dirinya untuk aku bercerita dengannya? Siap yg mampu menjaditeman tempat meluah rasa? Si dia yang ku sangkakan jujur, dialah yang telah merosakkan segalanya. Aku terkedu sendirian melihatkan konflik ini.

Mungkin, benar kata temanku, jangan kau percaya dengan omongan orang yang baru kau rapat, orang yang baru kau kenal. Namun tak ku endahkan. Aku sangka luahan kepada dia adalah bagus kerana dia mengenal rapat dengan si pencuri hati. Namun, ternyata aku salah. Si dia yang aku sangkaakan memudahkan, rupanya dia yang menjadi perampas. Dia yang menipu aku dengan kata kata manisnya. Oh tuhan, tabahkan hatiku!

Akan aku terus menjeruk rasa ini, andai tiada siapa yang boleh mendengar...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mencari erti hidup yang tertinggal entah dimana...

Today. I've seen my seniors graduated from their studies in UM. And me? I'll show to the world what I'm made of. I'll show them how I manage to complete my studies without any harm.

BUT!

Sekarang ni masalah bertimpa timpa. Aku sendiri tak tahu apa yang aku kejar. Aku sendiri kabur dalam hidup aku sekarang. Kenapa? Semuanya sebab H dan Z. I didn't manage to see how they come to me. Masalah bertimpa. Hati ini makin sukar mencari duduk perkara yaang dihadapi. Hati ini buntu. Buntu sebuntu buntunya. Kadang merasa hidup ni takde guna. Macam nak lari dari semua orang, hidup di sebuah tempat yang tiada orang kenal aku. Penat tkde siapa  faham hati ak. Penat mencoret cinta, namun tiada siapa yang mahu membalasnya.

Benar, ada yang mengatakan, binalah cinta dengan pencipta. Tetapi, aku sendiri buntu dengan sikap aku. Sukar benar mencari erti sebuah perhambaan. Sukar benar membina sebuah erti hidup. Lalu apa musibah apa lagi yang kau mahu berikan kepada aku Allah? Aku tidak tertanggung lagi rasa perit yang aku hadapi sekarang. Kau berikan aku cinta itu. Namun, apa yang aku dapat? Hanya kebuntuan. Cinta itu makin menyesakkan dada aku. Aku cuba lari dari cinta itu, namun kerapkali cinta itu datang menyinggahi hidupku semula. Aku penat Allah! Aku penat! Aku takut. Cinta ini sahaja sudah tidak tertanggung sakitnya, lalu akankah Allah berikan lagi musibah yang lebih berat? Aku takut Allah!!

Menyelesaikan masalah cinta, tak semudah yang disangka. H yang dikatakan cantik rupanya, indah dimata, namun aku takut dia dirampas orang. Bukankah kalian mengerti yang aku bukanlah sesiapa dimata manusia? Rupa? Jauh sekali untuk dibandingkan dengan ramai lagi jejaka yang meminati H. Karisma? Jejaka yang meminati H tu lagi banyak yang berkarisma. Aku penat menyimpan rasa yang mengatakan aku dan H hanya berkawan. Ya, kalian jangan gelakkan aku, kerana aku yang mempertahankan erti kawan baik antara lelaki dan perempuan. Namun, akhirnya aku yang tersangkut dalam memahami erti itu. Tapi kalian jangan lupa, kawan baik aku yang bersama sepanjang tiga tahun ini, aku tidak pernah pun sangkut dengan mereka. Terkadang, aku merasakan nak je aku mintak one of my best friends tu kahwin dengan aku, untuk melarikan diri dari H. H buat aku keliru. aku tak faham. H, aku suka kau lahhhh bodoh!!!! Kenapa sukar sangat untuk kau fahami???

Z. ikhlas aku cakap, I barely known that fella. But, aku tak tahu kenapa aku jatuh hati dengan dia. Kerap kali kami berjumpa in many circumstances. Aku tahu, aku dah pernah buat benda bodoh, pergi luahkan kat dia, dalam satu pos facebook yang aku sendiri tak sebut nama dia. Namun, dia tahu itu dia. Dia jauhkan diri dari aku setelah post tu. Tapi jauh disudut hati, aku mengharapkan kehadiran dia dalam hidup aku. Aku penat wehh. Aku penat!!!. Just now, interview projek kolej. Dy jadi one of the panel of interviewer. This project is the project where I succeeded in handling it. Thus, aku diminta untuk hadir sama dalam slot tu. Kalau tak kerana mantan pengarah yang memang roomate aku  yang ajak turun, aku tak nak datang. Aku tak sanggup nak dengar suara dia. Tengok muka dia. Ya Allah, hati aku berdetak kuat bila bertentang mata dan dengar suara dia. Aku tak kuat kalian. Sebab tu aku tak lama kat situ. Aku naik bilik semula, dengan alasan  nak belajar untuk test esok. Tapi, sebenarnya aku tak mampu nak hadap dia. Korang nampak je aku kuat, tapi aku tak mampu weh. Penat!! Aku nak je katakan, post facebook tu memang untuk dia. tetapi aku tak berani.

Dekat sini, aku nak katakan yang aku tak mampu nak simpan perasaan tu. Tapi, ntahlah. aku tak tau. Aku tak tau.






Among the seniors who graduated today. Congratss to them. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ZQ turns 21.

Hari ini. One important event happens. That fella truns 21 today.

Aku rse bangga dy semakin besar. Semakin memahami sepak terajang dunia ini. Aku wish, tp aku tak nak tau ape respon dy. Cukup ak hantar.

Tatkala dy letak gambar dy di hari lahir dy, ak pasti. Dy x ingat ak. Ak sedih. Ko mmg nak buang aku dari hidup kau ya? Ntah. Ak x mampu nak tahan lagi. Ak mengaku ak rindu.

Jauh di utara sana, ak mengharapkan dy igt ak. Harap dy faham ape yg ak mahu. Ak rindu. Awak, saya rindu awak.

Selamat hari lahir ke -21 sayang. Harap kau akan faham aku suatu hari nanti. Harap kau akan mengorak langkah antara kita. Jangan bantu ak lupakan kau. Aku tak mahu. Ak tak nak. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hidup ini tak selalunya indah.

Assalamualaikum semua.

Lama tak mencoret kat sini. Well lately, busy sikit dgn kerja. Penat dengan manusia. Semua nak tekan. Semua nak mempermainkan. Tak pernah memikirkan hati orang lain. Rase diri sendiri saja berhak hidup. Rasa orang lain tak perlu hidup.

Kenapa harus satu rahsia tu diberitahu kat orang? Sebab dah terang bnde tu untk kau. Siapa suruh kau cerita kat org? Kadang penat rasa di hambat rasa dikhianati ni. Semua tak pernah pikir. Hanya tahu menembak bila tahu. Hanya tahu bercakap mempermainkan hati aku. Penatlah simpan semua ni sorang2. Tp adanya teman2 yang memahami, alhamdulillah semua dipermudahkn. Ade yg nak melayan ak bercakap. Terima kasih awak awak yg sudi dengar saya bercakap. Saya tak tau nak bg ape kat kalian.

Kalau kau rase benda tu tak baik, knapa harus di 'kenen' kan lagi? Kenapa? Bukan ke itu semua akan menyebabkan hati rse makin suka? Tak ke rasa bodoh kat situ? Apa yg kau try buat senanye? Lagakan kami lagi? Pelik lah ak rase.

Anyway, as a wrap, hope this thing settles down. Rimas. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Coretan Debat

Assalamualaikum semuaaa!!!!
Tetiba rasa lama tak bukak blog kan, lama x mencoret kat sini. anyway, kisah hari ini berkenaan pengalaman masuk debat heee....

KAMIL 2010 (kemahiran Amal Islami). Masuk syarahan BA as usual, musammarah (choral speaking dalam bahasa arab) n debat BM (sebab xde org dah haha) try je lah. Masuk lwn team Dimashq(semi final). Lepas tu kalah, but terpilih jd team backup untk debat BM sekolah. Nothing special bout that, life continues. Minat nak debat masih ada.KAMIL 2011. Masuk acara yg sme. Syarahan BA, musammarah n debat BM.( da tau akn kalah tp nk masuk gak haha).Lepas tu tiba2 ketua firqah, adib panggil, gtau xde org nk masuk debat BA, n budak form 1 ade yg xdpt acara.

Musammarah mmg famous untk dak f1, tp mst ade f5 hndle. Satgi, sy lepaskan musammarah n debat BM, masuk debat BA. Cam hape je first tyme masuk. Terus jd third debater. Gile ke pe.Jaulah semi, lwn Dimashq. Dimashq lagi. Heshh, musuh kuat Basrah dulu smpi skang rsenye. Lwn jelah.Dengan gagap segala ( xpena msuk debat, n trus dbat xde teks. Ko rse? Haha). Lwn dgn debater skola yg da pena wakil skola. Sy hukumah ( kerajaan). Terigt mse umum keputusan, ustzh faizah ckp usul diterima, ustzh rasidah, ditolak, (dah cuak dah tu).

Then tetiba ust zaidi ckp, diterima. Terkejut sy first time masuk terus menang. Haha. Then final. Lwn andalus. Ade minah speaking arab tu.Khaulah namanya. (Da kawen dah pun...melepassss) haha. Lepas tu lawan, then result x umum hr tu, tggu sabtu. Sebab ade penyampaian hdiah.Untuk susbest (sukan SAM Bestari) n kamil. Malam jumaat tu, ustzh rosnita bg kertas ckp gtau, ini nama yg menang, tp x ikut turutan.( ye la tu).Sebab sy tgk kat first name setiap acara tu ialah team yg diagak untk menang.

Lepas tu untuk debat BA, tgk2 Basrah menang. Wauuuu...kami menang lwn andalus! Menarik. Lepas tu terus jatuh cinta dgn debat arab. KAMIL Zon. Syarahan BA, menang, so wakil sekolah. Tp xnk, nak msuk debat jugak. Tp xterpilih sebab ade org kantoikan yg sy kne msuk syarahan. Lepas tu sy demand, nak masuk jugak mse negeri. Tgk2 kalah zon degn samttaj. Frust menonggeng sy mse tu.

Xpe, hidup mst diteruskan. Bulan 5, sebelum PPT, ustzh rasidah pnggil sy, khaulah, amir n iqbal. Untk ape pun sy xtau.Lepas tu, ustzh ajak masuk open debate kat usim. Haha takut kot. Masuk2, first round lwn skola senang. Beza markah smpi 9 kot, maks 12. So motivated gak la nak teruskan. Jaulah 5, lwn SAMTTAJ(duhhh!) Kalah beb...haha...terus ke jaulah 6.

Kena lwn smap labu...takut kot, dahla dorg kuat. .Pastu, out of my mind, menang! Haha xsgke. N then melangkah ke 16 terbaik. Sy try nak spontan, tetiba jadi lain,kelaut jadinya round tu, result umum kat dwan usul, berdebar la. Sy x nk dengar result.k wat ape? Nyorok kat toilet. Haha. Tetiba, sy kuar toilet, jumpa iqbal. Tnye dy nk gi mana? Lepas tu dy ckp nk lwn suku.

Nothing interesting after that. Masuk semi. lawan SMKA Al-Irshad! Terkejut berukk hahaha..takuttt...Tp kami kalah semi. But it was a good experience. Dapat no. 4, dapat hadiah hehe.

Asasi. Ade seorang budak Asasi Pengajian Islam Dengan Sains (APIDS), Syahmi namanya. Dy ajak ak masuk debat wakil asasi. Seronok tak terkata. Tapi malangnya x cukup org. So, x jadi. haha.

Naik degree. mpe iklan debate, trus call akak yg number dy tertera kat situ. Kak Fatin nama dy . Masuk latihan.Mse first tyme latihan, terus debat. Dapat pujian. Tp tetiba mse tu terguna perkataan syarmuthah untuk refer pelacur, x boleh sebab tu kasar. Tapi, akhirnya jadi wakil UM. terkejut kot. Haha. In the end, akhirnya sampai skang la wakil UM.

Antara kejayaan yang pernah dikecapi di sini:

-Suku Akhir Debat Maal Hijrah UIAM 2013
- Johan Debat Piala Pengarah Akademi Pengajian Islam UM (APIUM)( yayy finally masuk jugak!!) 2014
- Naib Johan Debat Mahrajan Allughatil Arabiah UM 2014
- Naib Johan Debat Maal Hijrah 2014 UIAM 2014
- Tempat Ke-7 Pendebat Terbaik Keseluruhan Debat Ihtifal IPT ASEAN 2015
-Suku Akhir Debat Maal Hijrah 2015.

Tu je la mampu...huhu. Sy rasa nak bersara, nak buat FYP. Tpx tau lagi..apa pun, doakan la ye...hehehe

Huhu Tamat.

Kenangan debat debat yg pernah saya masuk. 

Atas kiri- Debat KAMIL SAM Bestari 2011
Bawah Sikit- Debat BA USIM 2011
Kanan Atas- Debat Maal Hijrah Kali Pertama 2013
Kiri Atas Sikit- Debat Mahrajan Allughatil Arabiyah 2014
Kanan Bawah- Debat Maal Hijrah Kali-Ke-2 2014. 
Kiri Bawah sikit- Debat ASEAN Kali ke-7 2015

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS