RSS

Mencari erti hidup yang tertinggal entah dimana...

Today. I've seen my seniors graduated from their studies in UM. And me? I'll show to the world what I'm made of. I'll show them how I manage to complete my studies without any harm.

BUT!

Sekarang ni masalah bertimpa timpa. Aku sendiri tak tahu apa yang aku kejar. Aku sendiri kabur dalam hidup aku sekarang. Kenapa? Semuanya sebab H dan Z. I didn't manage to see how they come to me. Masalah bertimpa. Hati ini makin sukar mencari duduk perkara yaang dihadapi. Hati ini buntu. Buntu sebuntu buntunya. Kadang merasa hidup ni takde guna. Macam nak lari dari semua orang, hidup di sebuah tempat yang tiada orang kenal aku. Penat tkde siapa  faham hati ak. Penat mencoret cinta, namun tiada siapa yang mahu membalasnya.

Benar, ada yang mengatakan, binalah cinta dengan pencipta. Tetapi, aku sendiri buntu dengan sikap aku. Sukar benar mencari erti sebuah perhambaan. Sukar benar membina sebuah erti hidup. Lalu apa musibah apa lagi yang kau mahu berikan kepada aku Allah? Aku tidak tertanggung lagi rasa perit yang aku hadapi sekarang. Kau berikan aku cinta itu. Namun, apa yang aku dapat? Hanya kebuntuan. Cinta itu makin menyesakkan dada aku. Aku cuba lari dari cinta itu, namun kerapkali cinta itu datang menyinggahi hidupku semula. Aku penat Allah! Aku penat! Aku takut. Cinta ini sahaja sudah tidak tertanggung sakitnya, lalu akankah Allah berikan lagi musibah yang lebih berat? Aku takut Allah!!

Menyelesaikan masalah cinta, tak semudah yang disangka. H yang dikatakan cantik rupanya, indah dimata, namun aku takut dia dirampas orang. Bukankah kalian mengerti yang aku bukanlah sesiapa dimata manusia? Rupa? Jauh sekali untuk dibandingkan dengan ramai lagi jejaka yang meminati H. Karisma? Jejaka yang meminati H tu lagi banyak yang berkarisma. Aku penat menyimpan rasa yang mengatakan aku dan H hanya berkawan. Ya, kalian jangan gelakkan aku, kerana aku yang mempertahankan erti kawan baik antara lelaki dan perempuan. Namun, akhirnya aku yang tersangkut dalam memahami erti itu. Tapi kalian jangan lupa, kawan baik aku yang bersama sepanjang tiga tahun ini, aku tidak pernah pun sangkut dengan mereka. Terkadang, aku merasakan nak je aku mintak one of my best friends tu kahwin dengan aku, untuk melarikan diri dari H. H buat aku keliru. aku tak faham. H, aku suka kau lahhhh bodoh!!!! Kenapa sukar sangat untuk kau fahami???

Z. ikhlas aku cakap, I barely known that fella. But, aku tak tahu kenapa aku jatuh hati dengan dia. Kerap kali kami berjumpa in many circumstances. Aku tahu, aku dah pernah buat benda bodoh, pergi luahkan kat dia, dalam satu pos facebook yang aku sendiri tak sebut nama dia. Namun, dia tahu itu dia. Dia jauhkan diri dari aku setelah post tu. Tapi jauh disudut hati, aku mengharapkan kehadiran dia dalam hidup aku. Aku penat wehh. Aku penat!!!. Just now, interview projek kolej. Dy jadi one of the panel of interviewer. This project is the project where I succeeded in handling it. Thus, aku diminta untuk hadir sama dalam slot tu. Kalau tak kerana mantan pengarah yang memang roomate aku  yang ajak turun, aku tak nak datang. Aku tak sanggup nak dengar suara dia. Tengok muka dia. Ya Allah, hati aku berdetak kuat bila bertentang mata dan dengar suara dia. Aku tak kuat kalian. Sebab tu aku tak lama kat situ. Aku naik bilik semula, dengan alasan  nak belajar untuk test esok. Tapi, sebenarnya aku tak mampu nak hadap dia. Korang nampak je aku kuat, tapi aku tak mampu weh. Penat!! Aku nak je katakan, post facebook tu memang untuk dia. tetapi aku tak berani.

Dekat sini, aku nak katakan yang aku tak mampu nak simpan perasaan tu. Tapi, ntahlah. aku tak tau. Aku tak tau.






Among the seniors who graduated today. Congratss to them. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS