RSS

Tamatnya Perjalanan Kedua!

إتمام الجولة الثانية، الإجازة المجستر في التربية (الكيمياء) ، بجامعة سلطان إدريس التربوية ٢.١٩ - ٢.١٨

Tamatnya pusingan kedua, Sarjana Pendidikan (Kimia), Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2018-2019.

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan buat ibu bapa tercinta, Hj Ghazali Abu Hanifah dan Hjh Hanizha Yahya atas tajaan dan segala pengorbanan yang telah diberikan demi anakmu ini menggenggam segulung ijazah sarjana. Dan tak lupa juga buat adik-beradik dan ipar duai yang tidak putus memberi sokongan pada diri ini, dan rakan - rakan ayah saya yang banyak membantu saya untuk menyempurnakan ijazah ini,baik dari segi pengangkutan mahupun penginapan.

Sekalung penghargaan juga ditujukan buat semua pensyarah Fakulti Sains dan Matematik UPSI, khasnya buat supervisor terhormat, Hajah Asmayati binti Yahaya, yang tak pernah kunjung putus asa membimbing seorang graduan sarjana muda bukan pendidikan untuk menyempurnakan ijazah sarjana pendidikan, yang mutiara katanya banyak tersemat dalam hati sanubari.

Seterusnya, buat teman seperjuangan, Cikgu Hazril, yang sudi berkongsi soal selidik yang dibina oleh beliau untuk projek sarjana saya, dan juga sudi menumpangkan saya di rumah sewa beliau sepanjang tempoh pengajian saya di sini. Tak lupa juga teman-teman satu batch, Izzati Amira, Kak Saimah dan Izzul Syahmi yang banyak memberi semangat pada diri ini untuk menyempurnakan ijazah ini dengan gemilang.

Seterusnya buat teman-teman seperjuangan walau tak sama bidang pengajian, terima kasih kerana banyak membantu diri ini dalam menyempurnakan tugasan, dan mendengar royanan (khasnya kak Farah Zahraa 😆 ) tatkala diri ini hilang semangat. Perjalanan 2 tahun yang penuh gemilang ini takkan sempurna tanpa kalian semua. Terima kasih semua! :)

Eh dah grad? 😆

Bersama ayahanda dan bonda tercinta 😁


Bersama keluarga tercinta 😁


Coursemates!😊


Alhamdulillah, selesai!😌

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS