RSS

KePuTuSaN.....

     Salam....hai sume...tgh wat per uh????saya bru dapat keputusan PMR...amacam????Alhamdulillah...saya dapat apa yg saya cita-citakan...9A!!!!!alhamdulillah...ini semua berkat doa semua org....keluarga...guru-guru...kawan-kawan....semuala pendek katanya....

   

    Semua orang di sekeliling saya banyak membantu sangat-sangat...walaupun beberapa hari sebelum PMR tuh saya menerima tekanan yang amat sangat....alhamdulillah...berkat bantuan semua...saya dapat menjwab peperiksaan ini dengan baik...terima kasih sume...


     Tak lupa juga.....saya ingin mengucapkan tahniah kat semua rakan yg berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan ini....tahniah...


    Kepada yang kurang berjaya...cuba laagi tyme SPM nanti...ma'at taufiq wannajah...


            Tak sabarnya nak naik skola(walaupun dalam hati nyh lebih kepada rasa nak sambung cuti lg)...selamat pulang ke sekola semua...selamat tahun baru....


p/s:hadirnya perasaan yang sukar digambarkan apabila sekola saye no. 3 sekolah agama terbaik kebangsaan untuk keputusan PMR nye...nama sek saya masuk tv lak tuh...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hijrah-Nowseeheart

Dingin malam
Menusuk tulang insan
Nan kesejukan dan ketakutan
Resah yang dibalut kegelisahan
Mengiringi suatu perjalanan
Meninggalkan kota penuh kegelapan
Menuju ke kota cahaya Kebenaran

Bermulalah hijrah yang agung
Pengorbanan insan tak ternilai
Harga kepayahan kesusahan
Menempuh dugaan dan rintangan
Dalam kehidupan

Mereka tak punya apa
Harta sanak saudara
Tetapi mereka percaya
Hanya janji Rasulnya
Suraqah mengejar
Ingin merebut dinar yang dijanjikan
Allah melindungi
Perjalanan kekasihnya yang tercinta

Debaran, debaran, debaran
Hijrah ke Kota Cahaya...

Debaran, debaran, debaran
Hijrah ke Kota Cahaya...
Kebenaran...

Inilah sebuah hijrah yang agung

Mereka tak punya apa
Harta sanak saudara
Tetapi mereka percaya
Hanya janji Rasulnya
Suraqah mengejar
Ingin merebut dinar yang dijanjikan
Allah melindungi
Perjalanan kekasihnya yang tercinta


Debaran, debaran, debaran
Hijrah ke Kota Cahaya...

Debaran, debaran, debaran
Hijrah ke Kota Cahaya...

Gua Thur menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah
Merpati menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah
Lelabah menjadi saksi
Hijrah kekasih Allah

Debaran, debaran, debaran
Hijrah ke Kota Cahaya..

Debaran, debaran, debaran
Hijrah ke Kota Cahaya..
Kebenaran....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Debaran.....

Assalamulaikum semua.....saya kat sini tengah menunggu keputusan PMR...hai...takutnye....boleh ke saya memenuhi harapan semua orang yang mengharapkan saya mendapat 9A???saya takut...walaupn saya dah buat yang terbaik...tapi...biasela...selagi tak keluar keptusan selagi tu la saya takut la....doakan saya ye!!!!

Ye la...lagipun sesuatu yg kita tak tahu bukannya kita boleh jangka apa yang nak terjadi kan...lagi pun saya ni manusia yang lemah...biasa la tuh...tp yang paling penting....kita bertawakallah kepada ALLAH....sesungguhnya dialah yang mempunyai sebaik-baik perancangan...24 December 2009...I'm waiting for you......k la...itu je...wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....Salam Ma'al Hijrah semua...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setanggi Syurga

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ampuni diriku...

Assalamualaikum...hayatila kate-kate ni...
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya.​.​.​.​.​.​.​.
Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

3511989760_2026725295.jpg?v=0Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sayangilah ibu kita.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta...

Assalamualaikum...korang semua boleh la ambil pengajaran daripada kata-kata ni....

Moga Iman Perisai Kemuliaanmu, Moga Taqwa Benteng Peribadimu, Moga Shahid Jadi Milikmu, Moga JANNAH kan memanggil Dirimu Bismillahirrahmanir rahim... . Ya Allah..panjangkanlah umur temanku, kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.. Ya Allah..tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya dari kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat Ya Muhaimin..Jangan biarkan dia tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu.. Ya Allah Yang Tercinta.. jika kau halalkan aku merinduinya,janganlah aku melampaui batas sehingga aku lupa pada cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu

especially kat korang yang tgh bercinta ni...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zikrulmaut....!!!!!

Assalamualaikum...bacela artikel ni...

- "Catatan ini adalah berlandaskan kepada apa yang diperkatakan di KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD - KOR AGAMA TENTERA DARAT DI SURAU ANSAR, LORONG KIRI 5, JALAN DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUALAM

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peliharalah Agama Kita...

Assalamualaikum semua...apa khabar kamu semua di sana????saya harap korang semua sihat la...tadi...semasa dalam perjalanan pulang ke rumah...saya ada mendengar seorang ustaz itu bercerita tentang seorang wanita yang memelihara hijab sehingga dia di bunuh....ya ALLAH...begitu asingnya Islam sekarang...kita seharusnya memelihara agama kita supaya ia tidak terus hilang ditelan zaaman...

Antum semua dapat lihat sendiri kan...bagaimana umat Islam sekarang...ada yang berpakaian tetapi mereka seperti telanjang....adakah pakaian yang menunjukkan lekuk-lekuk badan itu yang dikatakan pakaian yang sopan...?????Masya-ALLAH....mereka semua tidak memikirkan kesan-kesan yang akan berlaku jikalau mereka tidak menutup aurat dengan sempurna...dengan pakaian yang ketat itulah yang akan menggalakkan lelaki berbuat maksiat kepada wanita....adakah mereka semua ini tidak memikirkan akibatnya????

Cara menutup aurat yang digariskan oleh Islam tidak menghalang wanita berfesyen...namun pandai-pandai lah menyesuaikannya dengan tuntutan Islam....Cara menutup aurat yang digariskan Islam sudah cukup menghalang wanita menggalakkan lelaki membuat maksiat...jadi...saya harap kiriman saya ini akan membawa faedah kepada antum...fikir-fikirkanlah....

Sekian.....wassalam

3054886538_c7d1550c29_o.jpgDapatkan Mesej Bergambar di Sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

waaaa!!!!...cuti!!!!!

Assalamualaikum sume...ahamdulillah...kita bertemu lagi di halaman kecil tidak seberapa ni....saya nak berbicara pasal apa ek hari ini?Aaa...sebelum tu...selamat berjuang kepada semua pelajar tingkataan 5...semoga selamat sampai ke destinasi straight A+ ye....ulang kaji baik-baik....jangan ada fakta tersilap ek...saya nak berbicara tentang C.U.T.I....kalau semua pelajar dengar perkataan ni...bersiap sedia lah nak dengar jeritan kegembiraan daripada diorang semua ni....kami pelajar-pelajar bawahan ni dah mula bercuti akhir tahum dah...biasala...korang semua dah plan apa nak buat masa cuti ni?

Korang plan la apa yang korang boleh buat untuk menyediakan diri untuk prestasi korang tahun hadapan.....jangan membazir masa time cuti ni...bacalah buku ke....tolong mak bapak ke...atau apa-apa je la....jangan membazir masa yek....kalau yang ada kerja rumah tu...jangan lupa siapkan...kang free-free kena marah masa bukak sekolah nanti.....hehehehehe......sebelum tuh...Alhamdulillah...ok la jugak keputusan peperiksaan akhir tahun saya hari tu.. tapi jayyid jiddan...tak pe lah...cuba lagi tahun hadapan...ok la...tu je yang ingin saya coretkan...salam

4116107707_0c11e65c92.jpgDapatkan Mesej Bergambar di Sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

blog baru...

Assalamualaikum...selamat datang ke blog saye...bacela ape yg ade kat sini...kalau ade ape-ape yang tak kena kat sini....mintak maaf awal-awal...insyaallah...saya akan letak byk benda yang bermanfaat di sini...

3550569921_90a983a15f.jpg?v=0Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS