RSS

Tamatnya Langkah Pertama!

الحمدلله، ثم الحمدلله ، ثم الحمد لله

 تمت الإجازة العالية في العلوم (الكيمياء) مع مرتبة الشرف، ٢.١٣-٢.١٧ 

أقدم الف الشكر لأبي وأمي، السيد غزالي بن أبو حنيفة والسيدة حنيذا بنت يحيى، الذان تربيني منذ الصغار. بدونهم، لا أستطيع للوصول الى هذه المرتبة. وإلى إخواني وأخواتي التي لا يتعب من ان نعطي النصيحة لي. وإلى عائلتي التي يساعدني في حياتي اليومية

شكرا للمحاضرون الذين لا ييأس في تعلمني ليكون أفضل الانسان وأفضل أهل الكيمياء في المستقبل، وخصوصا للمشرف لكتابة المقالة في سنتي الأخرة، الدكتورة خور سوك مي التي يعلمني الوسيلة للبحوث الأكادمية. أيضا لمدربوا للمناظرة الذين يعلمون اللغة والأساليب المناظرة، ويساعدني في اكتساب اللغة، الأستاذة صباح ماضي، والأستاذ نور حزرول صالح، والأستاذ محمد خير الأخبار ظهير الدين،  ولا أنسى المراقب في بيت الطلبة التي تشكل مهارة الإنسانية في الجامعة 

ألف الشكر والتقدير لأخواني وأخواتي في كلية العلوم، الذين يساعدونني في كتابة البحوث، لأتم الواجبات المنزلية، و لكل الحماسة التي تعطي لي لأتم دراستي هنا. وأيضا لكل أخواني وأخواتي في بيت الطلبة الذين يشكل مهارة الإنسانية لي. وأيضا لكل المعلمين، التي تعلمني منذ الصغار، و يشكل رغبتي للعلوم الكيماوي، خصوصا لمعلمتي روسنيدا قاسم و شهيدة رملي، التي تشكل لحبي في العلوم الكيمياء. ولا أنسى، للوزارة التعليم العالي الماليزي التي تراعي دراستي في هذه الجامعة. الف الشكر لهم. جزاكم الله خير الجزاء. 

Alhamdulillah tsummal hamdulillah. 

Pasca Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia) dengan Kepujian, 2013-2017. 

Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat ayah dan ibu saya, Hj Ghazali Abu Hanifah dan Puan Hanizha kerana telah membesarkan saya dari kecil, dan mendidik saya dari kecil. Tanpa mereka, saya takkan sampai ke tahap ini. Kepada adik beradik saya, yang tak lupa menasihati saya dalam meneruskan hidup. Dan kepada semua ahli keluarga saya yang membantu saya dalam hidup saya seharian. 

Terima kasih kepada semua pensyarah yang tidak jemu mendidik saya untuk menjadi insan yg lebih baik dan ahli kimia yang lebih baik, khususnya buat penyelia projek tahun akhir saya, Dr Khor Sook Mei. Dan seterusnya buat jurulatih debat saya, ustz Hazrul, ustzh Sabah dan ust Akhbar, yang membantu saya dalam menguasai bahasa Arab dalam debat. Tidak lupa juga kepada para felo dan pentdbiran KK9, sir Ramzi Ramli, dm Haziq Ammar dan lain-lain yg membantu dalm membentuk kemahiran insaniah saya. Setinggi penghargaan juga ditujukan buat rakan rakan yang membatu dalam menyiapkan assignment, kerja rumah, dan memberi semangat untuk meneruskan belajar. 

Dan tak lupa juga kawan-kawan debat dan di kolej yang membantu penguasaan kemahiran insaniah dan bahasa arab saya. Dan kepada guru- guru saya, terima kasih kerana mendidik saya dari kecil, dan membentuk minat saya terhadap ilmu kimia ini, khususnya Tc Rosnida Kasim dan tc Syahidah Ramli yg membentuk minat sy yg telah sedia ada dalam bidang ini. Dan akhir sekali, buat penaja saya, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yg menaja perbelanjaan saya sepanjang 3.5 tahuñ ini. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik baik balasan. Amiin. 


Bersama ayahanda dan bondaku😍


Bersama keluargaku. Eh, terselit sepupu kat situ. 😆


Alhamdulillah selesai! 💪

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Legasi Debat BA Bestari.


LEGASI DEBAT BA BESTARI (DeBABest bak kata AG)

Pencapaian seniors zaman dulu bukan tak mahu diungkap, namun dek kerana hanya ingin memasukkan kategori kebangsaan ke atas sahaja, post ini dimulakan pada tahun 2011.

2011 (Pertandingan Debat BA Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Kali ke-4)

-Penyertaan kali pertama
-membariskan Amir Arif sebagai pendebat pertama , Zulhilmi Ghazali sebagai pendebat kedua, Khaulah Norazam pendebat ketiga, dan Iqbal Azmi sebagai simpanan.
-Berjaya ke separuh akhir, walaupun ini penyertaan kali pertama.
-Khaulah berjaya menjadi pendebat terbaik keseluruhan liga.
-Bawah bimbingan ustazah Rasidah, dengan bantuan ust Mubin, kak Amirah, ust Syafwan dan kak Faezah.

2012 (Pertandingan Debat BA Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan dan Nusantara Kali ke-5)

-membariskan Sofiyuddin Yusuf sebagai pendebat pertama , Ali Alhadad sebagai pendebat kedua, Khaulah Norazam sekali lagi sebagai pendebat ketiga, dan Farhan Jusoh sebagai simpanan.
-Berjaya juga hanya di separuh akhir, Khaulah berjaya mendapat pendebat kedua terbaik liga.
-Nusantara pula Syukri Sharif sebagai pendebat pertama , Ainul Asyikin sebagai pendebat kedua, Nurfara Nakuyah sebagai pendebat ketiga, dan Khalif Adha sebagai simpanan.
-Memenangi satu dari tiga pusingan kelayakan.

2013 (Pertandingan Debat BA Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan dan Nusantara Kali ke-6)

-membariskan Syukri Sharif sebagai pendebat pertama , Siti Khairunnisa sebagai pendebat kedua, Sofiyuddin Yusuf sebagai pendebat ketiga.
- Terkandas di pusingan octo final, namun mereka tetap bersemangat.

2014 (Pertandingan Debat BA Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan dan Nusantara Kali ke-7 dan 12th IIUM Interschool Debating Championship)

IIUM IDC
-membariskan Izzati Rahimi sebagai pendebat pertama , Ainul Asyikin sebagai pendebat kedua, Siti Khairunnisa sebagai pendebat ketiga.
-Dibawah bimbingan Radhi, Redha dan Hafizuddin dari UIA, buat kali pertama, DeBABest berjaya berpijak di pentas akhir, namun tewas ditangan SMI Hidayah sebagai Naib Johan.
-Siti Khairunnisa ditabalkan sebagai pendebat terbaik liga keseluruhan, Ainul Asyikin ketiga dan Izzati Rahimi kelima.

PDBAASMPKDJN
-menbariskan Haziq Ismail sebagai pendebat pertama, Hafifudin sebagai pendebat kedua, dan Saufi Sharif sebagai pendebat ketiga.
- Berjaya memenangi 3 dari 6 jaulah.

2015 (13th IIUM Interschool Debating Championship)
-membariskan Farhana Zulfikri sebagai pendebat pertama, Zairul Iqmal sebagai pendebat kedua, dan Shahir Johari sebagai ketiga.
- kecundang di hadapan Maahad Muar di octo final, namun mereka tetap bersemangat.

2017 (5th IIUM International Arabic Debating Championship Open 2017)
- membariskan Farhana Zulfikri sekali lagi sebagai pendebat pertama, Anis Nafisah sebagai pendebat kedua, dan Danial Haqiem sebagai pendebat ketiga.
- Berjaya melangkah ke separuh akhir, namun kecundang dihadapan SMA MAIWP.



2018 (Debat Bahasa Arab Jemputan Nusantara Ihtifal Institusi Pengajian Tinggi ASEAN 2018)
- membariskan Farhana Zulfikri sekali lagi sebagai pendebat pertama, Fathi Abrar dan Nurul Ashikin sebagai pendebat kedua, dan Danial Haqiem sebagai pendebat ketiga.
- Berjaya melangkah ke separuh akhir, namun kecundang dihadapan KISAS. 

(updated)



2019 (17th IIUM Interschool Debating Championship 2019)
-membariskan Ahmad Muaz sebagai pendebat pertama, Nur Nadhirah sebagai pendebat kedua, dan Daniel Haqiem sekali lagi sebagai pendebat ketiga.
-Dibawah bimbingan Radhi dan Naim dari UIAM, mencipta sejarah buat kali kali pertama SAM Bestari menjuarai pertandingan debat terbuka, menewaskan 31 buah sekolah yang lain, dengan rekod tanpa kalah, memenangi kesemua perlawanan peringkat liga dan kalah mati tanpa gagal.




2021 (10th IKRAM-MUSLEH International Schools Debating Competition)
- Kemunculan sulung DeBABest di arena MISDC, dengan membariskan Nurul Fatihah Sebagai pendebat pertama, Nafisa Zulaikha sebagai pendebat kedua, dan Ruqayyah sebagai pendebat ketiga. 
- Meskipun berlangsung dalam suasana pandemik COVID-19 secara dalam talian, namun pengalaman baru ini membuahkan hasil walau hanya memenangi satu daripada empat perlawanan peringkat liga, dan mendapat ranking ke-17 dari 22 pasukan.



2022 (Debat Bahasa Arab Piala Pengerusi MAIWP 2022)
- membariskan Alya Alesha sebagai pendebat pertama, Nafisa Zulaikha sebagai pendebat kedua, dan Nurul Fatihah sebagai pendebat ketiga.
- Berjaya melangkah ke suku akhir, namun kecundang dihadapan SMKA Putrajaya. 
- Nurul Fatihah ditabalkan sebagai pendebat kedua terbaik liga keseluruhan, dan Nafisa Zulaikha kelima.



2022 (19th IIUM Interschool Debating Championship)
- Buat pertama kali, DeBABest menampilkan pasukan menengah rendah pada tahun tersebut, sebagai pasukan utama!
- menampilkan Syed Faris Zikry sebagai pendebat pertama, Rifqah Munirah sebagai pendebat kedua, dan Muhammad Thaqif Wafiy sebagai pendebat ketiga, dan Nastasha sebagai simpanan. 
- Berjaya menang 3 daripada 5 pusingan kelayakan, dengan pencapaian yang agak cemerlang sebagai peserta kali pertama iaitu tempat ke-13 dari 44 buah pasukan, namun dinafikan peluang ke pusingan kalah mati yang hanya mengizinkan 12 pasukan teratas sahaja melepasinya.



 
2023 (20th IIUM Interschool Debating Championship)
- menampilkan Syed Faris Zikry sekali lagi sebagai pendebat pertama, Rifqah Munirah dan Nur Maisarah sebagai pendebat kedua, dan Muhammad Thaqif Wafiy sekali lagi sebagai pendebat ketiga.
- Berjaya mengulangi pencapaian senior mereka dengan melangkah ke pusingan akhir, tetapi dalam usia yang agak muda, iaitu Tingkatan 3, semasa menengah rendah!
- Namun mereka tetap berjaya mengulangi pencapaian pada 2014, iaitu Naib Johan setelah berhempas pulas menentang Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang. 
- Peserta yang berjaya melangkah ke pusingan akhir termuda dalam sejarah DeBABest, iaitu pada usia 15 tahun, tingkatan 3.  

Hakikatnya, inilah kami. Tak keterlaluan jika dikatakan ustaz Mubin dan geng nya lah yang membantu membina asas kami untuk masuk ke pertandingan yang berkonsepkan terbuka ini. Kalau tidak, KAMIL je la mampu. HAHA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bergelar seorang pendidik

Hakikat yang harus aku tempuhi, aku salah memilih jalan pada asalnya. ingin aku menjadikan bidang perguruan satu profesion, namun ujian yang datang kian bertimpa. Seolah minatku ingin menjadi guru tidak patut ditunaikan. Adakah minat aku untuk mendidik anak bangsa harus dipandang sepi?
Adakah aku harus duduk tercongok di hadapan perkakasan eksperimen, menantikan sesuatu yang tidak pasti kunjung tiba?

1.  MARA

Girang bercampur takut terlukis di lubuk hatiku tatkala aku memerhatikan wujudnya tawaran itu. Girang kerana ini yang aku impikan. Takut kerana aku telah memilih untuk menyambung pelajaranku di peringkat pascaijazah. Hati keras tak ingin terbuka untuk membahas, akhirnya terbuka jua demi semua. Tapi jauh di sudut hati, erti perjuangan menjadi guru terus menebal. Ringaan tanganku menatal tetikus, lalu klik di laman permohonan. Seusai permohonan, aku terpana. 'Eh, dimana harus ku hantar dokumen sokongan?' Getus hatiku. Dalam kesamaran, aku membuka laman web MARA. Aku nyaris terlepas pandang rupanya gred yang ditawarkan merupakan DG41, yang dah ada diploma pendidikan, bukan yang tiada, DC41 (yang tiada dip. pendidikan!) ALLAH. Lalu aku memutuskan, aku tiada rezeki untuk itu.

2. TEACH FOR MALAYSIA

Aku tahu mengenai perkara ini semasa kem karier anjuran HEPA UM November laalu. Aku terdetik, mengapa tidak aku cuba? Aku nekad. Aku buka lamannya. Patah seribu hatiku melihatkan sudah tamat tarikh tutup!.

Kadang-kadang aku nekad kepada sesuatu yang aku tak mahu sngat!Entah. Adakah research itu bidang untukku? Atau perguruan yang selama ini aku minati? Allah, bantulah aku untuk hadapi semua ini!

Mungkinkah cerita praijazah lalu akan berulang kembali? Mungkinkah?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS