RSS

Bergelar seorang pendidik

Hakikat yang harus aku tempuhi, aku salah memilih jalan pada asalnya. ingin aku menjadikan bidang perguruan satu profesion, namun ujian yang datang kian bertimpa. Seolah minatku ingin menjadi guru tidak patut ditunaikan. Adakah minat aku untuk mendidik anak bangsa harus dipandang sepi?
Adakah aku harus duduk tercongok di hadapan perkakasan eksperimen, menantikan sesuatu yang tidak pasti kunjung tiba?

1.  MARA

Girang bercampur takut terlukis di lubuk hatiku tatkala aku memerhatikan wujudnya tawaran itu. Girang kerana ini yang aku impikan. Takut kerana aku telah memilih untuk menyambung pelajaranku di peringkat pascaijazah. Hati keras tak ingin terbuka untuk membahas, akhirnya terbuka jua demi semua. Tapi jauh di sudut hati, erti perjuangan menjadi guru terus menebal. Ringaan tanganku menatal tetikus, lalu klik di laman permohonan. Seusai permohonan, aku terpana. 'Eh, dimana harus ku hantar dokumen sokongan?' Getus hatiku. Dalam kesamaran, aku membuka laman web MARA. Aku nyaris terlepas pandang rupanya gred yang ditawarkan merupakan DG41, yang dah ada diploma pendidikan, bukan yang tiada, DC41 (yang tiada dip. pendidikan!) ALLAH. Lalu aku memutuskan, aku tiada rezeki untuk itu.

2. TEACH FOR MALAYSIA

Aku tahu mengenai perkara ini semasa kem karier anjuran HEPA UM November laalu. Aku terdetik, mengapa tidak aku cuba? Aku nekad. Aku buka lamannya. Patah seribu hatiku melihatkan sudah tamat tarikh tutup!.

Kadang-kadang aku nekad kepada sesuatu yang aku tak mahu sngat!Entah. Adakah research itu bidang untukku? Atau perguruan yang selama ini aku minati? Allah, bantulah aku untuk hadapi semua ini!

Mungkinkah cerita praijazah lalu akan berulang kembali? Mungkinkah?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS