RSS

Kembali Ke Tanah Waqafan

Malam yang dingin. Aku menerima panggilan dari seorang guru yang merupakan rakan sekerja ku, meminta aku supaya kembali ke bumi waqafan untuk menggantikan beliau, mendidik anak bangsa. Hati aku melonjak gembira, kerana inilah peluang aku kembali berkhidmat di bumi yang aku cintai juga itu. Setelah itu, aku terima pelawaan itu, walaupun telah masuk beberapa minggu untuk aku memulakan kelas.

Isnin 13 Ogos, aku menerima khabar bahawa aku terdatang sehari awal, dan aku tak dibayar. Oh, aku tak kisah, sebab dah ade sesuatu yang dihulur kepadaku seawal aku bertemu guru yang ku ganti itu. Hidup aku makin ceria, walau aku tahu penat yang bakal mendatang setelah aku berkhidmat di sana.

8 September, Hoki Terbuka. Hati aku sangat gembira bila para pelajarku mengatakan mereka sangat seronok melihat aku mengajar, lalu membuatkan aku lebih semangat untuk terus mengajar. Jujur aku katakan, aku sudah jatuh hati dengan profesion ini, namun aku sukar untuk berkhidmat di sekolah kerajaan. biarkan aku ke sekolah swasta. Huhu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pasca Perang Hati

Post ini ditaip sambil aku berlinang air mata . Aku tahan air mata ni aku tak tunjuk dengan orang. Aku tau, aku takkan dapat dia, tapi aku mohon, berikan aku sedikit kesempatan untuk memberitahu dunia, betapa rabaknya hati aku setelah mengharung perasaan ini selama 4 tahun.

Aku simpan perasaan ini, aku tahan dy, aaku tahu, dia dan aku di tempat yang berlainan, namun, jauh  di sudut hati, lama aku nak bersatu dgn dy, aku tahan perasaan ni dah lama. Bila aku perasan aku boleh bertemu dia sekali sekala je, aku kuatkan semangat, aku jumpa dy.

Recently, dy banyak drop hints kat aku, buat hati aku berbunga-bunga, namun, semua hint yang dy drop tu, nak mempermainkan aku je ke? Perasaan aku ni tiada nilai ke? Hati aku lebih terluka apabila aku tau dia dah ada yang lain. Tapi kenapa kau drop hints kat aku? KENAPAAAAAA? Aku rasa lemah gila sekarang ni.

Namun, jangan risau. iman aku masih ada, aku masih waras. Ramai lagi yang masih sayangkan aku. Aku tau tu.

Buat si dia di Taman Ilmu dan Budi tu, terima kasih atas segala budi yang kau curahkan kat aku selama ni. Terima kasih, selamat tinggal. Maaf dari budak gemuk miskin tak sedar diri nak bercinta dengan kau. Mujur, aku tak akan mampir kesana lagi, sebab kalau aku mampir kesana, nanti aku akan tetap teringatkan kau.


Apa yang aku rasa sekarang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pasca Perang Hujah dan Hati.

Aku rasa pelik bila aku dtg ke sana jumaat lepas. Well, standard la kan, aku sendiri pun rasa takat dijemput ke sana. Masalah timbul, rasa hati pun aku bawa ke sana. Lalu terlihatlah seseorang yang yang dirindui, menerjah semula mata dan ingatan.

Aku rasa tersenyum, dalam masa yang sama tergugat. Aku akan dapat dia ke kali ini? Atau sekali lagi hanya hati yang terluka? Aku sakit, aku merintih berseorangan tentang perkara tu.

Masuk hari kedua, permulaan hari yang indah. Idea mula bertemu idea, lalu berperang sesama mereka. Ada yang kecundang, ada yang mara. Semuanya aku perhati dengan penuh minat, sambil memilih apa pemikiran yang aku boleh izinkan untuk terus mara. Pagi itu, sebelum peperangan idea bermula, peperangan hati dulu bermula. Ku lihat si dia, berpakaian biru gelap, tampil melangkah penuh yakin. Hati aku berperang sendiri. Aku inginkan  dia, namun aku tak tau nak memulakan bagaimana.

Setelah 5 padang dilalui, si dia melangkah tenang ke menang mara. Lalu, aku masih di perbatasan taman ilmu, menanti untuk terus menilai benih2 yang baru bercambah untuk meneruskan kegemilangan dunia perang idea. Aku tidak mampu memperhatikan dia, satu benih yang sudah berkembang menjadi pokok idea yang sangat banyak memberikan buah kepada aliran idea semasa.

Tamat segalanya, mampir waktu yang ditunggu. Kau melangkah ke padang yang terakhir, bersama cetusan cetusan idea yang amat ku sayangi. Ketika itu, kau mampir menghampiriku untuk berurusan tentang padang itu. Lalu kulihat matamu, eh kenapa bengkak? Tetapi lidahku kelu, tak mampu untuk meneruskan.

Hujung cerita, tasik varsiti menawan tangga besar di padang akhir. Aku tahu kau tidak yakin dengan kemahiran perangmu yang kau tampilkan di padang akhir. Namun, setelah usai merakam memori, aku menasihatimu, aku juga seperti itu dulu, tatkala kubah biru menawan juga tasik varsiti. Namun percayalah, kau akan berkembang megah megah juga nanti.

Nyatalah, dengan hantaran ini, aku semakin menjelaskan, siapa diriku sebenarnya. Kerana hati ini, masih terpaut denganmu. Sayang, berikan ku peluang. Sakit aku aku menahan rasa ini. Keranamu, ruang bicara ku tinggalkan, taman berkicaunya si burung biru aku aku bisukan. Aku tak mampu lagi menahan rasa yang aku simpan selama 4 pusingan bumi menghadap matahari.

Akan ku pastikan hati di Bumi Jelapang Padi kan bersatu dengan hati di Bumi Industri. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Week 6 (ke 7 tah?) and still surviving.

Entah. Makin jauh aku hidup, makin tinggi expectation family. Kadang-kadang, aku rasa lebih baik aku kerja je hari tu. Sakit weh diperlakukan macam ni. Pening kepala kadang-kadang. Pening assignment tu x payah cakap lah, itu memang dah standard lah kan. Siapa suruh sambung belajar? Bebanan pikiran lagi. Ya Allah, I still have 16+16+7 minggu lagi at least! Aku rase tak kuat dah.

Tapi demi impian menggenggam segulung M.Ed, aku gagahkan jugak. Walaupun hampir setiap hari hati aku menangis. tekanan perasaan, tekanan dalaman diri yang tak sempurna, entahlah. aku rasa macam nak give up sekarang. Pening. Penat. Tapi, no. I've paid everything, aku kne bangkit!. Well, doakan aku kay gais!

p/s: Doakan pasukan Bestari dan Pasukan UM untuk debat ASEAN hari nie! Hope they excel the debate!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hidupku di daerah Muallim.

Assalamualaikum semua!!

Well, berhabuk dah blog ni. Lama dah aku tak kemas.  Perkembangan terbaru aku? MARA xde dengar any ura ura pun. Gagal laaa agaknya tu. Penat dah aku menunggu. Ade offer lain dah dtg dulu: UPSI! Master of Education (Chemistry). Setelah kegagalan aku untuk sambung master by research, ini lah permulaan baru aku di bumi Muallim ni. (Tanjung Malim lah! haha).

Well. things started rather fast. Daftar 13 Feb hari tu, then skrg dah minggu ketia dah. okay ke dak? Well, okay gak la kot. Mula mula hari tu aku nak duk sini, tapi pikirkan mak sorg kat umah, aku tega laa berulang alik dengan ayah aku. Huhu. Tapi ujung mnggu still kne stay sini sebab xde train yg boleh sampai awal so that aku boleh pi kelas pagi sabtu. Huhu lagi.

Kawan? Memang rindu geng2 kat UM dulu. Tapi, hidupmesti nak kene move on. Okay laa dapat coursemate yg sporting enough yang memang sangat membantu aku. Lecturers yang okay, xde masalah dalam mendidik aku dan kawan-kawan. Fakulti pun tak jauh dari kilang ayah aku. So, x yah laa drive jauh kan.

Life here, UPSI ade dua kampus, kampus bandar n kampus Proton City. Jenuh laa aku nak gi lib kne pegi kampus bandar sebab kampus Proton City xde lib! huhu. Life here also a bit different laa dari KL ofkos. Xde shopping mall, xde wayang, itu pun penyumbang aku taknak stay sini gak laa haha. Sebab tu still rindu UM. So, hope you guys doakan keberjayaan aku kat sini eh!!

Tu je dulu kot. Aku sambung nanti lah! hehehe.



My new faculty. Hehe.



Kad matrik katenyewwwwww. Haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS