RSS

Throwback kewww?? Hahahaha


LEGASI DEBAT BA BESTARI (DeBABest bak kata AG)

Pencapaian seniors zaman dulu bukan tak mahu diungkap, namun dek kerana hanya ingin memasukkan kategori kebangsaan ke atas sahaja, post ini dimulakan pada tahun 2011.

2011 (Pertandingan Debat BA Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan Kali ke-4)

-Penyertaan kali pertama
-membariskan Amir Arif sebagai pendebat pertama , Zulhilmi Ghazali sebagai pendebat kedua, Khaulah Norazam pendebat ketiga, dan Iqbal Azmi sebagai simpanan.
-Berjaya ke separuh akhir, walaupun ini penyertaan kali pertama.
-Khaulah berjaya menjadi pendebat terbaik keseluruhan liga.
-Bawah bimbingan ustazah Rasidah, dengan bantuan ust Mubin, kak Amirah, ust Syafwan dan kak Faezah.

2012 (Pertandingan Debat BA Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan dan Nusantara Kali ke-5)

-membariskan Sofiyuddin Yusuf sebagai pendebat pertama , Ali Alhadad sebagai pendebat kedua, Khaulah Norazam sekali lagi sebagai pendebat ketiga, dan Farhan Jusoh sebagai simpanan.
-Berjaya juga hanya di separuh akhir, Khaulah berjaya mendapat pendebat kedua terbaik liga.
-Nusantara pula Syukri Sharif sebagai pendebat pertama , Ainul Asyikin sebagai pendebat kedua, Nurfara Nakuyah sebagai pendebat ketiga, dan Khalif Adha sebagai simpanan.
-Memenangi satu dari tiga pusingan kelayakan.

2013 (Pertandingan Debat BA Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan dan Nusantara Kali ke-6)

-membariskan Syukri Sharif sebagai pendebat pertama , Siti Khairunnisa sebagai pendebat kedua, Sofiyuddin Yusuf sebagai pendebat ketiga.
- Terkandas di 16 terbaik, namun mereka tetap bersemangat.

2014 (Pertandingan Debat BA Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan dan Nusantara Kali ke-7 dan Interschool Debating Championship)

IDC
-membariskan Izzati Rahimi sebagai pendebat pertama , Ainul Asyikin sebagai pendebat kedua, Siti Khairunnisa sebagai pendebat ketiga.
-Dibawah bimbingan Radhi, Redha dan Hafizuddin dari UIA, buat kali pertama, DeBABest berjaya berpijak di pentas akhir, namun tewas ditangan SMI Hidayah sebagai Naib Johan.
-Siti Khairunnisa ditabalkan sebagai pendebat terbaik liga keseluruhan, Ainul Asyikin ketiga dan Izzati Rahimi kelima.

PDBAASMPKDJN
-menbariskan Haziq Ismail sebagai pendebat pertama, Hafifudin sebagai pendebat kedua, dan Saufi Sharif sebagai pendebat ketiga.
- Berjaya memenangi 3 dari 6 jaulah.

2015 (Interschool Debating Championship)
-membariskan Farhana Zulfikri sebagai pendebat pertama, Zairul Iqmal sebagai pendebat kedua, dan Shahir Johari sebagai ketiga.
- kecundang di hadapan Maahad Muar di suku akhir, namun mereka tetap bersemangat.

2017 (IIUM Arabic Debating Championship Open 2017
- membariskan Farhana Zulfikri sekali lagi sebagai pendebat pertama, Anis Nafisah sebagai pendebat kedua, dan Danial Haqiem sebagai pendebat ketiga.
- Berjaya melangkah ke separuh akhir, namun kecundang dihadapan SMA MAIWP.

Hakikatnya, inilah kami. Tak keterlaluan jika dikatakan ustaz Mubin dan geng nya lah yang membantu membina asas kami untuk masuk ke pertandingan yang berkonsepkan terbuka ini. Kalau tidak, KAMIL je la mampu. HAHA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 kata-kata:

Post a Comment