RSS

Kembali Ke Tanah Waqafan

Malam yang dingin. Aku menerima panggilan dari seorang guru yang merupakan rakan sekerja ku, meminta aku supaya kembali ke bumi waqafan untuk menggantikan beliau, mendidik anak bangsa. Hati aku melonjak gembira, kerana inilah peluang aku kembali berkhidmat di bumi yang aku cintai juga itu. Setelah itu, aku terima pelawaan itu, walaupun telah masuk beberapa minggu untuk aku memulakan kelas.

Isnin 13 Ogos, aku menerima khabar bahawa aku terdatang sehari awal, dan aku tak dibayar. Oh, aku tak kisah, sebab dah ade sesuatu yang dihulur kepadaku seawal aku bertemu guru yang ku ganti itu. Hidup aku makin ceria, walau aku tahu penat yang bakal mendatang setelah aku berkhidmat di sana.

8 September, Hoki Terbuka. Hati aku sangat gembira bila para pelajarku mengatakan mereka sangat seronok melihat aku mengajar, lalu membuatkan aku lebih semangat untuk terus mengajar. Jujur aku katakan, aku sudah jatuh hati dengan profesion ini, namun aku sukar untuk berkhidmat di sekolah kerajaan. biarkan aku ke sekolah swasta. Huhu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 kata-kata:

Post a Comment